Sagliknotu.com – Kanak-kanak yang dilaporkan terkorban dalam perang di Gaza lebih ramai berbanding perang lain sejak selama empat tahun di seluruh dunia.
Ketua Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian palestina (UNRWA), Philippe Lazzarini, di platform media sosial X, berkata hakikat itu sangat mengejutkan.
Catatannya itu merujuk data PBB yang menunjukkan 12,193 kanak-kanak terbunuh dalam konflik di seluruh dunia antara 2019 dan 2022.
Bilangan itu kemudiannya dibandingkan dengan laporan daripada Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas, menunjukkan lebih 12,300 kanak-kanak maut di wilayah palestina antara tempoh Oktober lalu dan akhir Februari.
“Peperangan ini perang terhadap kanak-kanak. Ia adalah perang terhadap zaman kanak-kanak dan masa depan mereka,” katanya.
Perang di Gaza bermula dengan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, mengakibatkan kira-kira 1,160 kematian di Israel, kebanyakannya orang awam, menurut data AFP berdasarkan angka resmi Israel.
Kumpulan pejuang itu turut menculik menangkap kira-kira 250 sebagai tebusan, berpuluh-puluh daripadanya dibebaskan ketika gencatan senjata selama seminggu pada November.
Bagaimanapun Israel mendakwa kira-kira seramai 130 tawanan masih di Gaza dengan dianggarkan 32 daripadanya dianggap sudah terkorban.
Tindakan balas Israel yang melancarkan serangan darat dipercayai membunuh 31,184 rakyat palestina di Gaza setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan palestina.
Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) meminta Hamas membebaskan wanita, tebusan warga emas bagi membolehkan gencatan senjata lebih lama.
Semalam di Washington, Rumah Putih menggesa pejuang Hamas di Gaza membebaskan wanita, warga emas dan tebusan yang cedera bagi membolehkan gencatan senjata sementara dimeterai dan berlangsung lebih lama serta berkekalan.
“Satu gencatan senjata sedang dibincangkan hari ini, usaha selama enam minggu yang diharapkan dapat menjadi sesuatu yang lebih berkekalan jika Hamas membebaskan wanita, mereka yang cedera dan warga tua,” kata Penasihat Keselamatan Rumah Putih, Jake Sullivan pada satu sidang media.
Israel menerima syarat gencatan senjata selama enam minggu sebagai pertukaran untuk pembebasan beberapa tebusan yang ditahan oleh Hamas sejak serangan 7 Oktober ke atas selatan Israel yang mengakibatkan 1,200 orang terbunuh.
Bagaimanapun, Hamas berkata, pihaknya hanya akan menerima perjanjian berdasarkan gencatan senjata kekal yang menamatkan perang dan termasuk pengunduran tentera Israel dari Gaza, bukannya gencatan senjata sementara.