Ramadan 2024 Rakyat Palestina Masih Dibelenggu Perang

Ramadan 2024 Rakyat Palestina Masih Dibelenggu Perang

Sagliknotu.com – Ramadan yang bermula hari ini tidak membawa kelegaan karena rakyat palestina masih dibelenggu perang, diancam kebuluran serta penyakit, menggigil kesejukan di dalam khemah dan sentiasa ketakutan dibedil bom, susulan lebih lima bulan peperangan tercetus di antara Israel dan Hamas.

Keadaan mereka jauh berbeda dari negara Islam lain yang teruja menyambut bulan puasa serta berpuasa sepanjang hari.

Penduduk Gaza berdepan pengeboman dengan ramai antara mereka terpaksa keluar membersih timbunan runtuhan untuk menjejaki mangsa hidup atau jenazah korban perang.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memetik kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas, berkata 25 orang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan tidak meminum air, dengan kebanyakan mereka kanak-kanak. “Kita semakin kesuntukan masa. Jika kita tidak meningkatkan kadar bantuan ke kawasan utara Gaza, masalah kebuluran akan berlaku,” kata Ketua Program Makanan Sedunia (WFP), Cindy McCain. PBB melaporkan kesukaran untuk memasuki utara Gaza bagi penghantaran makanan dan bantuan lain.

Seluruh penduduk Gaza di serata wilayah menghadapi masalah bekalan, lebih-lebih lagi ketika mereka beribadat puasa pada bulan Ramadan.

“Kami tidak tahu apa juadah untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti.

“Saya hanya ada sebiji tomato dan sebiji timun. Saya tiada wang untuk membeli apa-apa,” kata Zaki Abu Mansour, 63 yang ditemui di dalam khemah yang menjadi tempat perlindungan.

Menurut penduduk, setiap barang yang ada dijual pada harga sangat mahal.

Keadaan perang di Gaza terus berlanjutan, walaupun Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa pihak bertempur meletakkan senjata pada bulan suci umat Islam.

Beliau turut menyatakan rasa terkejut dan marah berikutan konflik tetap berterusan.

Guterres juga merayu kedua-dua pihak menghapuskan semua halangan untuk memberi laluan penghantaran bantuan.

Bantuan memasuki Gaza yang jauh berkurangan berbanding keadaan sebelum perang, membuatkan rakyat Gaza semakin terdesak, memaksa kerajaan asing terpaksa menghantar bantuan dari udara dan kini berusaha mengendalikan agihan bantuan menerusi jalan laut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Dunia