Ternyata Lebih Bahaya Mengisap E-Rokok Ketimbang Rokok Tembakau

Ternyata Lebih Bahaya Mengisap E-Rokok Ketimbang Rokok Tembakau

Sagliknotu.com – Kumpulan saintis Austria semalam mendedahkan amalan menghisap rokok elektronik (e-rokok) dan rokok mempunyai kesan sama terhadap sel badan manusia.

Universiti Innsbruck menerbitkan kajian itu dalam jurnal Cancer Research yang mana saintis menganalisis kesan molekul tembakau dan e-rokok yang dipanggil epigenome iaitu maklumat dalam pelbagai sel.

Mereka berkata epigenome boleh berubah sepanjang hayat disebabkan pelbagai faktor genetik dan bukan genetik, seperti penuaan atau gaya hidup.

Saintis melihat lebih 5,300 sampel daripada 4,000 orang untuk mendapatkan petunjuk bagaimana menghisap rokok dan e-rokok mempengaruhi sel yang berbeza.

Sampel diperolehi sama ada daripada darah, calitan mulut dan sampel dari kawasan serviks wanita.

“Analisis kami menunjukkan merokok mengubah program sel dalam pelbagai sel, namun kami juga melihat perubahan yang sama melalui penggunaan e-rokok atau tembakau oral tanpa asap seperti snus,” menurut pengarang kajian, Chiara Herzog kepada akhbar Austria, Krone.

Snus ialah bahan perangsang tanpa asap yang mengandungi nikotin.

Kajian menunjukkan adalah mungkin untuk menentukan secara relatif sama ada seseorang menggunakan e-rokok atau tembakau oral berdasarkan sel epitelium dalam mulut.

Menurut penyelidik, produk tembakau menyebabkan epigenome pro-karsinogenik dalam sel epitelium, yang serupa dengan sel menyebabkan kanser dalam paru-paru atau organ lain.

Mereka juga menemui fenomena dalam sel epitelium dalam mulut mereka yang menghisap e-rokok.

“Walaupun pengguna e-rokok tidak pernah menghisap rokok sebelum ini, kami melihat perubahan yang hampir sama padanya,” kata seorang lagi pengarang Martin Widschwendter kepada Krone NANA4D.

Widschwendter menjelaskan kajian itu menyediakan bukti yang mencukupi untuk menggesa sikap lebih berhati-hati terhadap e-rokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Dunia